dulu, selamanya.

Terkadang, aku berharap dapat membaca hati orang. Melonggok ke dalam sanubari mereka, membaca apa yang tertulis di sana. Menghirup dalam-dalam keraguan mereka, mengecap asa yang tidak diucapkan, dan menggali alasan di setiap debar perasaan mereka.

Di saat semua berantakan, hancur, aku cuma mahu dia.
Bahagia, melayar mimpi indah kita berdua. Di saat dia hilang, aku hilang punca. Kemana?
Apa dia lupa manis manis bersama? Sudah banyak yang berubah. Sudah letih aku tahan resah.
Aku cuma mahu dia. Diam di samping aku, menatap hujan rintik-rintik yang mulai turun, membasahi kaca dan butir-butirnya mengalir ke bawah, seperti air mata.
Aku mahu bahagia, di samping kau. Kenapa masih sulit melupakan walaupun sudah terluka? Mengapa setelah semua berlalu, hati aku masih perih saat mengingatnya?
Pertanyaan itu terus-menerus mendera.

Sudah bertahun-tahun aku yakinkan diri sendiri bahawa aku telah melupakan lelaki ini, tetapi begitu dia muncul, aku menyangkal semua pernyataan itu dalam hati. Aku masih menyayangi. 

Betapa jauh pun kita, aku tetap ada. Mencintai kau dalam-dalam.
Betapa hati terluka,
aku tetap sayang kau.

Aku masih, menyayangi.