hitam

aku cuma mahu jadi asap kelabu dalam hidup kau. beri kau sesak nafas.
beri kau maki hamun aku yang datang entah dari mana.
untuk sekali lalu.
kerana sesudah itu kau akan terus lupa, biar pergi kepul kepul hitam itu terbang mencemar dunia.
supaya tak akan aku terikat pada momen suatu masa dulu.
supaya kau terus lepas ikatan pada aku.
supaya kau terus buang aku.
supaya kau terus biar aku terbang seperti kepul kepul hitam itu.
dan selamanya hidup
dalam dunia kelabu.