Past.

Hayloo, everyone!
Apa khabar? I hope you and your family are in the pink – ayat pendahuluan Informal letter dalam essay. Ye lah, dah rindu sangat nak buat informal letter lah kot. Okey dengan ini dengan bangga tambah gembira tambah suka tambah semualah aku nak umum ; PMR is finally over!

Punya la happy gila keluar dewan tu rasa macam nak menari dekat situ terus. Ye lah, dah lima belas tahun belajar perah otak sampai dah tak terperah, sape tak happy kan. Tapi dalam kitorang buat hal kitorang yang dah habis PMR ni ada jugak makhluk Allah ni la yang sibuk, pulak tu bukan nak tumpang happy. Tapi kutuk kitorang adalah. “Budok budok PMR tu tkpayoh nak galok sangat lah, ingt tuhe etek”. Ehhh amboiii! Cakap biar pakai budi bahasa sikit eh. Nama pun budak Maher, mana kau punya hormat kakak abang kau? Mana kau punya sikit pun jadilah rasa tak-masuk-campur-hal-orang? Kau tu yang ingat Tuhan dulu sebelum point your bloody finger dekat orang.
(Hal ni dah lama habis sebenarnya) :D

Dah lama aku tinggal beloved blog ni, sorry ye. Baru masa ni aku boleh online. Dah berminggu-minggu dah lepas PMR. Tapi who cares. 

Tapi kan, boring jugak. Tak ada aktiviti yang memberangsangkan yang boleh di buat. Adeh!
Lama jugak aku tak update blog ni kan? Kan. Banyak sebenarnya nak share, tapi tengok je computer ni macam dah hilang terus. Dekat rumah ni pun sama je boring nya. Tapi aku layan Hlovate (yang dah khatam berapa puluh kali). Sama la dengan layan movies. Sampai aku dah boleh hafal each and every single line in mana mana movie.
Ehem. Sekarang semua aktiviti terlalu boring sampai aku jumpa hobi baru, melukis. Tapi kalau nak lukisan aku tu perfect memang jauh beribu batu lagi. Tapi kalau nak perasan sorang sorang memang cantik. Dan kalau dah tak ada orang nak puji lagi best puji diri sendiri. Kalau tak melukis pun aku layan je lagu-lagu. Best apa, tambah lagi kalau layan Oasis J. Oh baru aku perasan yang spec aku tu jenama Oasis, which aku sendiri tak pernah dengar sebelum ni. Menulis pun aku punya favourite hobby sekarang. Aku menulis pun bukan sebab aku saja-saja nak tiru orang lain punya idea. Aku menulis apa yang aku fikir, pendapat aku. Dan aku tak kisah kalau orang tak setuju whatsoever. Tapi aku happy kalau aku boleh menulis, sampai aku ada terfikir nak jadi penulis novel. Kelakar. Aku menulis kadang-kadang sebab aku dah tak tahu nak luahkan dengan mulut macam mana. Sometimes people write the things that they can’t say, kan? Kan. Lagipun aku nak berubah, because I was a bad girl--

Finally.

Kau merepek apa, Ainul?
Hari ni ada Hari Keusahawanan, budak form 3 jual-menjual. Punya la jenuh duk ajak sana sini suruh beli. Letih ok, dah best apa! Bila lagi, ehem, ni la hala tuju kami. Bukannya tak ada hala tuju sampai boleh ganggu budak lain belajar pun. Oh, PMR dah habis pun kitorang beribadah jugak ye, dekat rumah la. Takkan la nak pergi beribadah dekat rumah orang, kan. Kadang-kadang orang kata kalau makan cili, terasa jugak pedas kan? Kan.

Kalau nak cakap aku rindu kakak-kakak aku tu memang betul. Tapi sometimes kalau diorang balik and mengarah orang sana-sini rasa nak hantar balik rumah masing-masing. Balik la cepat! I miss you guys. Big time.
Baiklah, I have to pen off now, send my warmest regard to your family. Until then, bye. Hahaha :D *Dah gila informal letter ke teringat Teacher V? Huehue.