Sedang aku belek belek album-album lama, album zaman dulu, aku jumpa banyak gambar arwah nenek aku. Gambar-gambar zaman arwah muda-muda. Banyak sbnarnya yang nenek aku dah lalui--
Aku tulis dengan air mata meleleh tak henti-henti. Rindu. Banyak dah berubah. Dan dengan keadaan sekarang ni, I wish dia masih ada.
Masa tu...
"Budak-budak, bukak pintu ni.." mak sedara aku panggil. Masa tu semua dah nak tidur- 2 pagi bulan Disember 2008.
"Mek dah tak ada..."
Masa tu, semua cucu dia tak jadi nak lelap. Semua speechless. Macam mana dah tak ada? Otak aku masa tu tak boleh nak cerna sepenuhnya. Dan sebaknya Allah je tahu masa ambulans bawak balik jenazah. Sampai sekarang, aku tak boleh lupa. Mulanya hanya demam biasa.
I miss you. Very much.
Al-Fatihah.