pergi

Dan secara tiba-tiba,
aku merasa rindu itu.

Seperti tiada ruang imaginasi,
kau menghindar, berlari, menjauhi.


Seperti sayap 
yang mulanya membawa terbang tinggi,
namun sudahnya patah sendiri,
terjatuh lagi.

Aku merasa kehilangan itu,
walau aku tidak pernah ambil peduli,
sebelum ini.

Kerana kau pergi,
tanpa sempat kau tahu,
kau sebenarnya
segala.

Kau sebenarnya segala.



Sebenarnya.






Ah, jiwa manusia mana tak kacau?