manusia bercinta sekarang.
Nafsu serakah sentiasa membuak.
Menanti pintu neraka,
menghulurkan salam.
Kalau bercinta, wajib sebar seluruh dunia.
Nak tunjuk terlalu sayang, konon nya.
Kalau di sekolah, wajib ada tempat strategik.
Nak study sama-sama, konon nya.
Pernah juga aku begitu. Dulu.
Suatu masa dahulu.
Masa yang pernah membawa aku jauh dari jalan lurus.
Oh Tuhan, ampunkan aku.
Sudahlah.
Simpan.
"Aku bukan makhluk basi mengagungkan cerita romantis picisan yang diceduk dari drama tayangan.
Aku benci akan manifestasi keterbukaan dan perkongsian perasaan dengan dunia.
Cukuplah.
Jaga perasaan.
Kan yang namanya cinta juga dikongsi dua hati.
Tidak perlu pengkhabaran ke segenap dunia."
Aku angguk, setuju.
Dan untuk pengetahuan kau, I don't give a damn about it.
Cukuplah, perasaan aku itu, menjadi mimpi terburuk
dalam hidup aku.
Aku tidak mahu terus lelap.