aku juga


Saat semuanya nyata, aku semakin payah untuk menelan rasa itu. Rasa sakit. Rasa perit. Rasa yang kau tidak pernah sedar, untuk ambil peduli. Ambil peduli tentang perasaan aku, yang kian robek, hari ke hari. Ambil peduli tentang aku, yang dulunya selalu sahaja saja menjaga perasaan kau. Perasaan kau, yang terkikis kerana aku, kami, kononnya. Apa kau fikir cuma kau yang layak? Perasaan aku, tidak wajar dipedulikan? Teruslah. Teruslah menjaga merawat hati kau yang sememangnya amat perlu dijaga. Cuma kau sahaja yang layak diambil peduli. Perasaan aku cuma layak dibuang jauh ke tepi. Yang kau boleh ambil bila kau rasa sunyi. Dan kau boleh campak bila kau rasa kau dah diambil peduli, oleh orang lain. Teruskan, kerana aku memang cuma sebesar zarah pada kau. Aku sayang kau. Aku sayang kita. Kau sakit bila kau rasa orang lain tak ambil tahu pasal kau. Aku? Bila kau kononnya boleh sakitkan hati aku dengan cara ‘menyindir’ aku, bila kau campak aku ke tepi saat kau rasa senang dengan orang lain, kau rasa apa yang aku rasa? Ayuh, kita tengok, siapa yang lebih sakit sebenarnya. Siapa yang lebih ‘terasa’ sebenarnya. Seperti kau kata kau selalu saja tidak dipedulikan, kau salah. Seperti kau kata kau selalu ‘terasa’ kalau ada sesiapa yang tak layan kau. Sama. Kita serupa. Aku juga, bila kau senang saja buang aku ketika semuanya cerah di mata kau.


Mungkin kau takda niat. Maaf kalau aku rasa sakit atas tingkah laku kau.
Semakin hari, semakin terasa kau jauh. Aku juga layak kan, luah perasaan?

Biarlah aku bertahan selagi aku mampu. Selagi aku mampu untuk pikul perit ini atas bahu aku.


Biarlah.