lumpuh

Aku selalu harap, bila mana ada luka, selalu ada puisi untuk bawa jauh perit ini pergi.
Bila mana aku terasa dunia aku penuh hitam, aku tahu aku mampu terus senyum, tenang.
Ketika aku tahu banyak mana dosa aku calitkan, aku selalu minta aku diampunkan, diredhai Tuhan.

Ya, di luar aku mudah tersenyum. Tapi semanis mana pun aku senyum, di muka ini tercalit sejuta cerita hitam.
Sepi. Aku mati rasa. Pahit terpaksa aku telan. Kelabu terpaksa aku pejam. 
Mahu saja aku lari, dari dunia keji ini. Mahu saja aku tikam bunuh segala ketidakadilan hidup.
Mahu aku sumpah seranah realiti di hadapan.


Ya, jika aku tiada otak.


Kita sedar perjalanan yang mendewasakan kita tidak akan mudah seperti yang kita impikan
Hubungan yang kita jalinkan menjadi semakin rumit
Badan yang bertungkus lumus menampung hidup, makin penat
Hati yang kita harap akan lembut menjadi semakin keras
Dan kesyunyian yang membelenggu diri menjadikan kita semakin teringin
Untuk mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan.