seperti kebiasaannya
apabila kita melihat bahagia orang sekeliling kita
kita juga mahu rasa
apa itu yang sebenar bahagia
tanpa kita sedar
mungkin bahagia mereka cuma pura-pura
mungkin di dalam mereka terselit luka yang dalam bernanah
mungkin bahagia mereka sekadar di muka
atau mungkin mereka simpan luka yang tak tertafsir
apa jadi kalau kita tetap pilih untuk derita
sedang yang tenang ada?
kita mungkin ambil keputusan untuk terus lupa
tapi hati kita bukan kita yang pegang
dan untuk terus hapus suatu perasaan
-susah
amat susah.
terlalu susah.